Daily Click

Apr 8, 2016

Trip to UK Part 3: Melawat Manchester & Ceshire Oak Outlet, Liverpool

Sambung balik kisah kami jalan2 ke bumi UK. Habis conference di Bath, 23/3/16 kami naik train laju ke Manchester. Lebih kurang 3 jam naik train tu. Aku book online seminggu sebelum fly tapi harga xde la murah sangat pun. dah mmg standard tu range harga dia. public transportation kat bumi UK mmg mahal sungguh. Kalau naik taxi pun, dah naik  jer taxi, meter dah tunjuk GBP2.5 = RM17 lebih kurang duit kita. 5 minit perjalanan ada lah dalam GBP6 = RM36 lebih kurang.

Naik train ke Manchester, dewasa jer kena, kids bawah 5 tahun free. ok la. Sorang adult kami bayar lebih kurang RM270 pergi sahaja. boleh tahan la mahal. sepatutnya sewa kereta lagi jimat tapi kami x biasa nak drive tempat org ni, halalkan jer la bayar taxi train semua tu.kalau diizinkan, next trip kami akan sewa kereta lah for sure nya.



 Pagi2 23/3/ tu kami amik train ke Manchester pukul 9 pagi dari Bath, dalam pukul 1.30ptg kami sampai Manchester. Sampai stesen Manchester Piccadilly, kami jalan kaki dalam 4 minit ke hotel yang kami book. Kami book hotel aaprtment, dia buat style bukan bilik, tapi apartment. so setiap bilik kat situ adalah apartment. harga satu malam GBP125 lebih kurang RM750. tapi ada dua bilik, lengkap dengan dapur, mesin basuh siap dry clean, dining hall, living hall. memang besar dan berbaloi2.


yeay sampai manchester dah. papa is excited













Plan kami hari tu adalah kul 4.30 nak ke Manchester Stadium Tour kat Old Trafford Stadium. sapa fans Manchester United confirm excited sejuta kali la kalu dapat datang sini. sebelum gerak ke Manchester, aku dah book siap2 tiket stadium tour tu, harga dia GBP18 untuk dewasa, kids x payah bawah 5 tahun.

So sampai apartment, kami masak jap, pastu tunggu kawan kami datang amik sebab dia nak bawak ke stadium. kami naik taxi ke stadium dalam GBP7 dari hotel ke stadium. sini nampak murah je GBP7 tu tapi aklu convert rasa nak cekik jer driver taxi tu sebab mahal. kalu sekali xpe, ni banyak kali kot dok naik taxi. huhu.










Ni la kawan kami lia tu (sebelah kanan) tu. tgah buat PhD kat Manchester University.




gigih tukar baju terus yang baru beli sebab nak amik pic depan stadium

esoknya baca news kata player tu nak kena jual. haha

Habis pusing stadium, kami g makan kat Jazeera restoran, lepas tu balik sebab esok nak ke outlet. Ceshire Oak Outlet area Liverpool.

Kul 9 pagi kami beli tiket train nak ke Outlet tu. GBP23 pergi dan balik. Boleh la outlet ni, tapi bagi aku Bicester Village lagi best berdasarkan pengalaman g BV masa 2013 dulu. kat sini brand mcm biasa2 jer. DKNY pun xde nak beli souvenier purse ke apa kat families. Tapi ada la Ralph Lauren ok la sebab aku boleh beli baju kemeja yang aku nak lama dah tu. x beli online sebab takut salah  size. ni beli kat sini dpt la harga kita RM170 mcm tu. murah la sebab online RM250 -RM270 satu. Beli Coach pun ok la kat sini. aku x eyeing brand mahal2 sbb kali ni mmg bukan datang nak shopping mcm dulu2. kalau btol niat mcm dulu2, dua hari turut2 pun xcukup dtg outlet ni.

biasa jer outlet ni.



totally exhausted
dalam x  best outlet ni pun, aku gigih jugak shopping walaupun bukan nak sgt benda yang aku beli tu. haha



otw balik dari outlet

habis dah  la yang ni ke manchester. aku sambung lagi utk next plak iaitu London dan Paris.

No comments: