Daily Click

May 28, 2017

Tips untuk "survive" dengan bahagia di pejabat

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ni, rasa tidak seronok berada di pejabat agak menganggu fikiran dan minda yang sangat mendalam. Setelah membaca beberapa artikel, buku dan bahan bacaan blog lain, rasanya memang betul kita perlu menjadi manusia yang sentiasa positif, maksudnya dalam semua perkara walau baik walau buruk, fikirlah secara positif. Selalunya orang kata, jadi positif ni sebenarnya sebab kita nak sedapkan hati. Sesungguhnya bukan begitu, jadi positif ni akan bawa kita ke aura yang lebih baik dan lebih tenang. Antara beberapa tips yang menarik minat saya untuk berkongsi adalah; 



1) Jangan Sensitif

Kita ni sebenarnya bila ada benda-benda yang agak tak favor kita, tak menyebelahi kita, kita akan rasa sedih, down, putus asa, benci, dendam, marah dan macam2 lagi. That's because we are too sensitive and all the bad things will touch us harshly. Orang yang sensitif ni adalah orang yang jiwanya penuh dengan kasih sayang, pemurah dan baik hati. Oleh sebab itu, bila ada perkara yang mengacau jiwanya, dia mula merasakan orang sekeliling tidak peduli tentang dirinya. Jadi bagi orang-orang yang sebegini termasuklah saya, be positive, mungkin ada masa Allah tak janjikan yang baik-baik untuk kita mungkin kerana Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita di masa depan. Apa pun yang berlaku, berlapang dada dan ingat, Allah itu ada. 

2) Wujudkan "small circle of friends"

Kan orang pernah kata, kualiti lebih penting dari kuantiti. It will apply in many situations termasuklah situasi bila kita di pejabat. Cari kawan yang betul-betul mahu berkawan dengan kita. Kawan yang baik ni sebenarnya bukanlah kawan rapat yang tahu semua benda pasal kita, keluarga kita, masalah kita, harta kita dan semuanya tentang kita. Kawan yang baik ni datang dari sudut yang jauh, mungkin dia kawan yang hanya ber "hi" dengan kita. Ataupun kawan yang hanya mahu join potluck sahaja, tetapi boleh bergaul mesra dengan kita. The reason kenapa kita perlu hanya kawan yang "suam-suam kuku" macam ni adalah kerana ia mampu mengelakkan kita berbicara tentang orang lain, erti kata lain "mengumpat", dia mampu mengelakkan kita dari membuang masa kerana terlalu banyak bicara yang tidak penting semasa waktu pejabat, dia juga mampu mengelakkan kita dari sikap berpuak-puak kerana to this kind of people, we don't have "gang". Everyone in the office is a friend, not a foe. Jadi walaupun kita tiada gang, tiada close friends  but we have someone called a friend. Friend is not someone that we will eventually fight and break!

3) Wujudkan jadual kerja yang teratur

Untuk bahagia ni, kena banyak berdisiplin. Biasanya kita akan kelam kabut siapkan kerja dan merasakan setiap hari, waktu kerja kita tidak cukup. Ini kerana ada kala waktu bekerja kita, kita banyak spend untuk buat benda lain yang bukan kerja hakiki. Kadang2 kita buang masa kerja kita dengan keluar makan pagi, tengahari, hi-tea lebih dari waktu bekerja. Jadi, wujudkan satu jadual kerja yang baik, walaupun kerja kita flexible supaya kita tahu output kerja setiap hari. Saya pun sama la yang ni, kena banyak istiqamah dan berdisiplin. Actually, I did this tips recently, and yes it works. At the end, kita akan rasa "wow, its so relief"!

4) Follow the flow

Yang ni payah sikit sebenarnya nak ikut, sebab kita rasa pendapat kita ni berbeza-beza dengan orang sekeliling kita. Kita akan cuba suarakan sesuatu yang kita rasa tidak betul dan at the end akan ada orang yang tidak menyukai pandangan kita (bukan diri kita ya). Ambil langkah yang positif, cuba fahamkan kenapa pendapat kita tidak didengari, dan cuba fahamkan the positive side dari pandangan yang kita rasa tidak betul. Orang tidak akan menyuarakan pendapat jika ianya sia-sia. Itulah key point nya. Dan dari situ, kita cadangkan sesuatu yang baik atau sesuatu yang boleh ditambah baik supaya organisasi kita lebih berkembang maju dan harmoni.

5) Kawal Emosi

Kawal emosi juga sesuatu yang sukar especially orang muda. Orang muda lebih agresif selalunya dan sifat marah tu dah jadi macam sebati dalam diri. Jadi, jika ada sesuatu yang mendatangkan kemarahan dalam diri kita, bersabarlah, Allah ada disisi kita. Tiada guna untuk melontarkan kata-kata nista sehinggakan satu pejabat tahu kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Selalunya kita akan marah sebab orang yang buat kita, jadi untuk tunjuk ketidakpuasan hati, kita bertindak dengan lebih agresif dan bila terjadinya kekeruhan, nama kita jugak yang buruk sebab orang akan menganggap kita yang memulakan pergaduhan tersebut. It happened to me many times when I was 26-27 last time. So lesson learned, be positive, be happy. Bila kita bijak mengawal emosi, people who hurt us feel double than our hurtful feelings. Orang yang bijak mengawal emosi adalah orang yang menang!


Sekian,

Menulis dari hati, semoga Allah datangkan yang baik-baik sahaja pada kita sepanjang waktu kita mencari rezeki. Kerana rezeki itu dari Allah.


Salam Ramadhan Kareem semua!

Bye,
Wahida

No comments: